Tales of Sof
Saturday, 27 December 2025
Avatar: Fire and Ash
A Special Day
Friday, 26 December 2025
SME Venture ASEAN 2025
First Time Go-Karting
One Small Step
Eco Tourism Kg Melayu
Mad Unicorn Series
Mufti Menk Live in Malaysia
Masa jaga booth tu, sempat jugak aku pusing-pusing sikit untuk self-reward walaupun kerja belum habis tapi perut harus diutamakan dulu kan? Rezeki betul dapat rasa Kunafa Aiwah yang tengah viral tu. Aku ingat kena beratur panjang tapi tak pun mungkin sebab aku pergi ngam-ngam diaorang baru buka walaupun harga dia bukan harga rahmah langsung. Manis memang manis tapi buatkan kau nak makan lagi, worth it la untuk treat diri sendiri sekali-sekala. Aku nak cakap satu jelah yang korang jangan expect lebih bila ada event macam ni sebab kebanyakkan vendor tu artis dan influencer yang jual produk mereka. Aku pun sempat borak dengan abang jual air, dia kata sales tak banyak mana mungkin sebab PWTC susah parking. Aku setuju part tu, bayangkan harga parking sekali masuk RM15 tapi still sambutan tu masih ada. Btw, korang jangan cakap aku curi tulang tau, aku pergi time peserta dah masuk hall lagipun tak sampai 15 minit aku pergi. Apa-apa pun aku rasa puas hati sebab pengalaman kalini lain daripada biasa.
The Boss of My House
Inilah Leo, si bulus yang mempunyai lebih daripada satu identiti. Aku ingat lagi masa mula-mula dia sampai dekat pintu rumah dengan perasaan takutnya nak jejakkan kaki dekat lantai. Betul-betul slow-mo dia jalan, habis rumah aku dibuat house tournya.Mungkin dia rasa terancam kot, tu yang buat suspection. Sebelum nama dia diiktiraf sebagai "Leo", aku berdebat dengan abang aku nak letak nama dia "Simba" sampaikan Si bulus ni ada dua nama dalam rumah ni. Aku tetap dengan pendirian aku yang nama "Leo" tak sesuai dengan dia. Korang tengok jelah warna dia hampir serupa kan dengan main character The Lion King tu? dengan bulu lebatnya tapi entah macam mana lama-lama mulut ni ringan sebut "Leo" dan gelaran "Simba" pun makin lenyap di muka bumi ini. "Leo" ni baka MaineCoon. Nampak je besar macam singa tapi hatinya lembut. Orang marah sikit je dah buat muka kesian padahal salah dia. Bukan setakat tu je, dia penakut tahap maksimum. Bunyi kereta lalu kuat sikit, dia terus tercengat macam nampak hantu padahal tu Myvi jiran sebelah je pun. Boss rumah konon tapi penakut nombor satu.
Saturday, 13 December 2025
Recharge And Explore
Sunday, 7 December 2025
New Beginning
Tuesday, 2 December 2025
Explore FEP
Saturday, 29 November 2025
Favourite Port in UKM
Thursday, 20 November 2025
Where My Story Began
Apa yang ku mahu,
Mahukan dirimu tuk mendekatiku,
Dan aku tak bisa memaksa dirimu,
Walau dalam tidur,
Ku kan menantimu hingga akhir nanti.......
Ehem, ehem. Maafkan aku over pula menjiwai, biasalah lagu Black ni kerap sangat duk putar kat radio sampai masuk terus ke urat badan nak pula bila hati tengah feeling-feeling yak yak yey (ytjt) tapi apa kena mengena ek dengan introduction aku? Haa ni aku nak habaq nah. Cerita dia macam ni, bila je orang dengar nama aku mesti akan ada orang kaitkan dengan lagu ni. Kalau bukan 10 orang, 9 orang. Kenapa bukan 8 orang? kita bukan asal perlis dik. Banyak sebenarnya nama diberi tanpa persetujuan bapak aku. Ni kalau daftar SSM, kena saman copyright. Berdirinya aku disini, aku nak ucapkan selamat datang ke blog aku yang tak semegah istana.
Fun facts pasal aku yang patut korang tahu adalah... Jap, takde bunyi drum ke? haha takpelah aku teruskan. Aku ni orangnya bahaya kalau dengar lagu jiwang, boleh ke alam lain rasanya. Kiranya tak boleh dengar lagu sedih, sekali masuk bunyi dalam telinga nanti auto berangan. Mulalah tiba-tiba rasa macam heroin drama TV3. Time tu lupa dunia, lupa assignment dan lupa segalanya hahaha. Selain tu, aku orang yang boleh hidup tanpa kopi tapi katakan tidak untuk matcha. Jangan ada yang berani usik matcha, ibarat nyawa kedua. Tanpa dia, siapa lah aku. Cakap pasal matcha, mula dah perut aku memanggil. Siapa je tak suka matcha ? tapi okayy... aku ada satu pengakuan besar. Dulu aku adalah orang yang tergolong dalam salah satu yang rasa matcha tu macam rumput tapi tu cerita lama. Sekarang? aku officially matcha lover, match addict, matcha defender dan matcha segalanya walaupun kadang kaya kadang miskin. Matcha tetap ada dalam hidup. Kalau korang nak tengok aku bahagia bila je, korang kena tengok bila aku tengah baking. Tepung berterabur pun aku sanggup asalkan jadi. Setakat ni takde kejadian pelik la oven terbakar ke, tak jadi lagi dan mungkin takkan terjadi.
Inilah kisah aku,
Sofia Jane versi rakyat marhaen.
-
Hi semua! sebenarnya aku agak sedikit sedih. Dia sedih bukan sebab ada masalah besar pun cumanya bila terfikir balik macam mana aku dapat be...
-
Seandainya kau tahu, Apa yang ku mahu, Mahukan dirimu tuk mendekatiku, Dan aku tak bisa memaksa dirimu, Walau dalam tidur, Ku kan menantim...
-
Kalau korang fikir Go-Kart tu semua bawak laju macam F1, korang silap ya. Aku yang tak ada lesen ni? memang bawak slow lah jawabnya, janji s...