Friday, 26 December 2025

SME Venture ASEAN 2025

 


Aku nak kongsikan pengalaman aku pergi ke SME Venture ASEAN 2025 dekat MITEC. Honestly, mula-mula aku fikir pameran ni biasa-biasa je dari luar tapi bila dah masuk je aura dia lain macam dan paling best aku dapat borak terus dengan owner business. Booth yang paling buat aku teringat sampai sekarang adalah Terung Asam. Pengasas terung asam ni bukan biasa-biasa tau korang. Hajah Fitriah ni dapat gelaran Ikon Perempuan Sarawak selama dua tahun berturut. Kitaorang pun dapat dengar pengalaman macam mana dia buat rundingan dengan komuniti tempatan di Sarawak. Nasihat dia simple tapi mendalam. Kalau korang nak masuk ke dalam perniagaan tradisional, kena jaga hubungan dengan orang kampung dengan hormat ilmu tradisional tapi dalam masa yang sama bijak masukkan elemen moden. Cara dia bercerita tu buat aku sedar yang business ni bukan sekadar untung rugi sahaja tapi pasal tanggungjawab terhadap komuniti.



Bukan setakat tu je, aku jugak berpeluang jumpa Puan Izzah Atira. Owner Izzah Scarf ni rupanya adik kepada pengasas Batik Inderawasih. Tudung-tudung yang dia hasilkan still lagi guna teknik batik tradisional tapi dengan design yang lebih moden. Aku boleh nampak effort dia nak kekalkan warisan budaya dengan dicampur-aduk trend zaman sekarang. Aku jujur kagum tengok orang muda yang berani innovate tanpa buang identiti sendiri. Pengalaman macam ni bagi aku peluang untuk dengar kisah di sebalik sesebuah business dan aku balik dengan idea dan semangat baru. Kalau korang minat dunia business atau tengah cari inspirasi untuk start sesuatu, aku rasa pameran macam ni memang wajib korang pergi sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

No comments:

Post a Comment