Thursday, 20 November 2025

Where My Story Began


Seandainya kau tahu, 
Apa yang ku mahu,
Mahukan dirimu tuk mendekatiku,
Dan aku tak bisa memaksa dirimu,
Walau dalam tidur, 
Ku kan menantimu hingga akhir nanti.......

Ehem, ehem. Maafkan aku over pula menjiwai, biasalah lagu Black ni kerap sangat duk putar kat radio sampai masuk terus ke urat badan nak pula bila hati tengah feeling-feeling yak yak yey (ytjt) tapi apa kena mengena ek dengan introduction aku? Haa ni aku nak  habaq nah. Cerita dia macam ni, bila je orang dengar nama aku mesti akan ada orang kaitkan dengan lagu ni. Kalau bukan 10 orang, 9 orang. Kenapa bukan 8 orang? kita bukan asal perlis dik. Banyak sebenarnya nama diberi tanpa persetujuan bapak aku. Ni kalau daftar SSM, kena saman copyright. Berdirinya aku disini, aku nak ucapkan selamat datang ke blog aku yang tak semegah istana.



Sekarang dah tahu kan apa kaitan lagu Black dengan aku? Setiap kali aku perkenalkan diri as 'Sofia'. Reaction diaorang akan belike "Sofia apa? Sofia Jane ke?". Aku pun hanya mampu tergelak jelah padahal dalam hati ni hanya Tuhan je tahu. Jadi hari ni, sebelum korang akan sambung meng-sofia-jane-kan aku, izinkan aku buat satu pengumuman rasmi. So, siapa aku? Hai semua, aku Nooradilah Sofia. Bukan pelakon apatah lagi Princess Disney "Sofia The First" tapi hanya seorang insan biasa yang lemah yang disamakan dengan Sofia Jane atas sebabnya tidak diketahui. Mungkin sebab senyuman? Mungkin sebab style? atau mungkin sebab muka aku ada vibes "heroin 90-an" (kita kena yakin dik, kalau bukan kita siapa lagi, hastag "tak nak kalah"). Punya elok bapak aku bagi nama Nooradilah Sofia. Nama lain juga disebut hm. Maksud nama aku pun bukan calang-calang iaitu "Noor" as Cahaya" , "Adilah" as "Adil" and last one "Sofia" as "Menawan". Yang pasti macam mana nama nickname lain wujud tu pun aku tak tahu. Boleh petik jari apa je nama aku takde. "Sopeah", "Pia", "Peah", "Sofi", "Sof" dan sebagainya. Mostly, nama tu wujud secara random takde surat hitam putih, takde meeting keluarga terus popup macam ads. Aku as always is redha dengan segalanya.  Apa pun kejadiannya, ni blog bukan pasal Sofia Jane atau nama gelaran lain melainkan diri aku sendiri. Cerita hidup aku dan semua benda random yang terlintas di otak aku 2 pagi. Kalau nak kenal aku secara mendalam, boleh la saudara/saudari teruskan membaca sebab perjalanan kita baru sahaja bermula. 

Fun facts pasal aku yang patut korang tahu adalah... Jap, takde bunyi drum ke? haha takpelah aku teruskan. Aku ni orangnya bahaya kalau dengar lagu jiwang, boleh ke alam lain rasanya. Kiranya tak boleh dengar lagu sedih, sekali masuk bunyi dalam telinga nanti auto berangan. Mulalah tiba-tiba rasa macam heroin drama TV3. Time tu lupa dunia, lupa assignment dan lupa segalanya hahaha. Selain tu, aku orang yang boleh hidup tanpa kopi tapi katakan tidak untuk matcha. Jangan ada yang berani usik matcha, ibarat nyawa kedua. Tanpa dia, siapa lah aku. Cakap pasal matcha, mula dah perut aku memanggil. Siapa je tak suka matcha ? tapi okayy... aku ada satu pengakuan besar. Dulu aku adalah orang yang tergolong dalam salah satu yang rasa matcha tu macam rumput tapi tu cerita lama. Sekarang? aku officially matcha lover, match addict, matcha defender dan matcha segalanya walaupun kadang kaya kadang miskin. Matcha tetap ada dalam hidup. Kalau korang nak tengok aku bahagia bila je, korang kena tengok bila aku tengah baking. Tepung berterabur pun aku sanggup asalkan jadi. Setakat ni takde kejadian pelik la oven terbakar ke, tak jadi lagi dan mungkin takkan terjadi. 


Setiap keluarga ada ceritanya tapi keluarga aku? Orang luar mesti ingat ada 10 orang sebab rumah aku tak pernah sunyi, mana taknya kami 5 beradik bising je memanjang. Setiap sorang ada je perangai yang buatkan rumah kecoh tahap volume maksimum lagi pula anak sulung jenis yang bossy mengarah adik-adiknya, yang tengah suara kuat macam speaker rosak dan yang bongsu pula tak reti duduk diam mana taknya berlawan mulut sesama sendiri. Mama dengan ayah pula asal dari Johor. Gabungan dua orang johor ni menghasilkan anak-anak kuat semangat dan kuat volume sebab tu lah kadang-kadang marah sampai terkeluar "accent Johor". Lagipula, hanya kakak sulung dengan adik bongsu lahir Johor manakala kami lahir Melaka. Nak dijadikan cerita kalau bergaduh macam gaduh bola dua negeri. Sorang cakap ni, sorang cakap tu sampai tak kesudah. Itulah kampung halamanku walaupun aku dicop Johor tiruan tetapi disitu lah tempat aku membesar, bergaduh dan gelak bersama keluarga tercinta. Sekarang adik-beradik makin meningkat usia, jadinya hanya balik Johor ketika raya sahaja. Ketika itulah baru nampak muka satu persatu. Mama selalunya akan masak menu "signature" resepi turun temurun iaitu Laksa Johor yang menjadi rebutan kami sekeluarga. Tak Johor lah kalau tak makan Laksa Johor. 


Oh lupa nak bagitahu yang kampung aku bukan macam rumah kayu tu tau, kampung aku rumah teres biasa-biasa je. Jadinya aku ni tak pernah merasai jiwa kampung yang sebenar. Walaupun aku tak ada specific gambar rumah di kampung tapi gambar diatas nilah yang diambik masa aku beraya dekat kampung aku. Bercakap pasal kampung halaman teringat pula peristiwa raya masa aku kecil dimana aku kena kejar dengan angsa masa nak melintas jambatan. Semua lari lintang pungkang selamatkan diri masing-masing. Rindu betul johor, tempat yang dulu lengang tapi sekarang bukan kemain meriah. Dulu pergi kedai boleh jalan sambil kira batu tak macam sekarang nak park kereta rasanya kena solat hajat dulu ditambah lagi jem macam KL versi upgrade tapi walaupun zaman dah berubah, alam sekitar masih lagi terjaga. Maka tamatlah sudah sesi perkenalan diri versi tak ada kamera, tak ada lighting profesional tapi ada cerita.

Inilah kisah aku,
Sofia Jane versi rakyat marhaen.

No comments:

Post a Comment