Friday, 26 December 2025

Eco Tourism Kg Melayu

 


Balik Johor kali ni niat asalnya just nak jenguk family yang dah lama tak jumpa. Tak terlintas dalam fikiran pun nak buat aktiviti apa-apa sebab johor ni kalau ikut kepala aku banyak mall je. Asyik jalan mall, makan lepastu balik. Orang johor pun rasanya kalau berjalan memang singapore la tempatnya. Aku memang tidak lah ke sana sebab memikirkan jem yang boleh buat iman aku turun naik tu memang mengalah awal-awal tapi kalau yang belum pergi tu rasanya bolehlah cuba. Tak sangka pula trip balik kalini berakhir dengan aku naik sampan atas air paya selama satu jam sambil otak ligat berdoa supaya ini bukan kali terakhir aku bernafas di muka bumi ini. Bagi yang bertanya location, meh aku spill. Tempat ni dekat Eco Tourism Kampung Melayu. Harga pula RM35 je seorang, sumpah berbaloi dengan harga walaupun ada satu masalah datang masa kitaorang pergi sana.

Masalah dia satu je masa nak bayar. Korang kena faham sampan tu dekat kawasan pendalaman, so line memang sama ada "E" atau "No service" je. Aku dah cuak sikit sebab yelah fikir nak bayar guna apa, dah lah tak bawak cash tapi nasib baik owner bagi pinjam hotspot. Time tu aku terus rasa lega sebab bayangkan kalau tak dapat bayar, dah satu hal nak kena keluarkan duit semata.  Sebenarnya ni first time aku naik sampan dan masa je sampan tu bergerak, otak aku auto teringat cerita Black Water. Tak tipu vibe dia memang sebijik dengan sunyinya dan pokok rapat tak berjarak. Bukan sebab apa, aku ni peminat buaya dari kecik lagi dah pergi Taman Buaya Melaka. Jadinya, aku memang nak tengok buaya tapi keberanian tu boleh ajak bincang. Spoiler alert yang buaya tak muncul pun. Pakcik sampan tu buat lawak kata mungkin dia cuti tapi kitaorang nampak habitat lain. Paling nampak aku jakun masa burung Kingfisher terbang, sumpah cantik yang amat warnanya. Walaupun tak jumpa buaya, aku tetap rasa berbaloi untuk korang pergi healing.

No comments:

Post a Comment