Tuesday, 2 December 2025

Explore FEP

Hello guys! Cuba teka aku nak posting apa pada hari yang indah ni? Aku bagi clue sikit lah, dia pasal UKM juga tapi scope dia lagi terperinci tapi tak aci lah sebab dah ada gambar dekat atas. Aku teruskan jelah, macam korang nampak dekat atas ni. Ni lah fakulti aku, tempat aku menimba ilmu untuk masa depan diri sendiri. Fakulti aku dinamakan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan atau nama pendek FEP. Dalam FEP ni, ada 4 sarjana yang menaungi di bawahnya termasuk kos aku iaitu Sarjana Muda Keusahawanan dan Inovasi. Selain itu, Sarjana Muda Ekonomi, Sarjana Muda Akaun dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan. Menariknya kos aku tak ramai tapi bonding kitaorang kuat gitu. So, jom lah tengok favourite spot aku di FEP!


Aku bersyukur sangat semester kalini tak busy sangat sebab kelas aku tak banyak start pukul 8 pagi cuma satu hari je iaitu hari rabu bukan macam semester lepas banyak sangat kelas pagi. Aku pula jenis yang tidur lambat, memang tak cukup tidur. Bila kelas pagi ni, perut auto berkruk-krak mengeluarkan bunyi yang tidak tahu nak dijelaskan bagaimana. Time tu memang tak payah fikir panjang terus pergi Budi Cafe. Itulah tempat pertama aku singgah sebelum otak aku sempat loading. Kadang aku masuk kelas, kawan aku tegur kenapa hyper semacam. Sebelum aku cakap, diaorang dah tahu jawapan dia iaitu perut aku dah well-fed dari Budi Cafe sebab kalau aku lemah semacam, diaorang tahu aku belum makan. Dulu makanan favourite aku yang selalu repeat beli  adalah mac and cheese tapi jujur sekarang dah kurang sedap sikit, so kita move on lah ya. Life is about moving on termasuk makanan but yang kekal jadi cinta hati aku adalah tauhu bergedil dia. MasyaAllah, memang superb. Luar rangup, dalam lembut dan sambal dia padu. Bila makan sesuap tu, rasa nak lagi. Oh! aku dengan ini bangga mengatakan banana pudding homemade aku ada dekat sana. Harga RM8.90 je satu cup (murah je, tak tipu). Hari pertama aku letak dekat Budi Cafe, sold 19 cups. Aku terdiam kejap macam betul ke ni? Aku bersyukur sangat sebab orang support. Rasa macam real businesswoman sekejap.


Bayangkan kalau korang jadi classmate aku pastu nampak aku masuk kelas dengan mata masih separuh terbuka, tu tandanya confirm aku belum pergi Cozy Coffee lagi. Mesti korang tak pernah dengar kan? tapi sejujurnya Cozy Coffee ni underrated sangat. Coffee dia lah yang membantu aku kekal hidup dalam kelas pagi lagi-lagi kalau lecturer suka baca slide laju macam kereta F1. Dekat sini, aku nak bagi public warning announcement kalau korang bukan sweet tooth macam aku. Please minta low sugar jikalau saudara dan saudari tidak mahu kena kencing manis. Dark chocolate dia pula, sumpah itu best seller for a reason. Pekat, smooth dan buatkan aku tak merasa kepahitan hidup tapi the reason aku pergi Cozy bukan sebab mengantuk pun. Dia more kepada nak reward diri kononnya "aku deserve this" padahal baru masuk dua kelas je. Cozy Cafe ni tempat kau boleh pergi untuk buat kerja dan bila nak merasai diri kau heroine drama universiti yang terlihat rajin. 


Okay korang, ingat UKM ada PTSL je ke? FEP pun ada library tau dan boleh dikatakan mini version of PSTL. Library FEP ni memang underrated. Aku dulu pun tak pernah tahu kewujudan dia sampailah kawan aku bagitahu. Masa awal sem, aku selalu tertanya "FEP ni takkan tak ada library? ke aku je tak jumpa sebab tak cukup tidur?" rupanya memang ada cuma ramai tak perasan sebab tempat dia dekat tingkat 5. Biasalah student habis kelas terus balik bilik, mana taknya tak tahu apa-apa termasuk diri aku sendiri (done nasihat). PSTL biasanya crowded macam pasar malam masa musim exam dimana semua jadi hamba ilmu. Aku pula bila tahu benda tu, aku terus lari study dekat sini sebab banyak seat kosong dan paling penting kurang manusia (hehe). Bila tempat  tak sesak, fokus tu datang sikit-sikit walaupun nanti lepas sejam hilang balik tapi at least ada usaha. Aku suka lepak sini untuk buat assignment sebab tak perlu berebut port charger. Laptop aku ni pula jenis cepat habis bateri, baru buka Word sikit pun dah 70%. Jadinya port charger tu memang penyelamat hidup aku dan tanpa dia siapa la aku. Tempat tu pun luas untuk aku bawa semua barang yang aku perlu dan tidak perlukan tapi yang tak diperlukan ni lah yang aku bawak sebab rasa macam "mana tahu aku perlukan nanti" padahal akhirnya sentuh pun tidak.


No comments:

Post a Comment