Inilah Leo, si bulus yang mempunyai lebih daripada satu identiti. Aku ingat lagi masa mula-mula dia sampai dekat pintu rumah dengan perasaan takutnya nak jejakkan kaki dekat lantai. Betul-betul slow-mo dia jalan, habis rumah aku dibuat house tournya.Mungkin dia rasa terancam kot, tu yang buat suspection. Sebelum nama dia diiktiraf sebagai "Leo", aku berdebat dengan abang aku nak letak nama dia "Simba" sampaikan Si bulus ni ada dua nama dalam rumah ni. Aku tetap dengan pendirian aku yang nama "Leo" tak sesuai dengan dia. Korang tengok jelah warna dia hampir serupa kan dengan main character The Lion King tu? dengan bulu lebatnya tapi entah macam mana lama-lama mulut ni ringan sebut "Leo" dan gelaran "Simba" pun makin lenyap di muka bumi ini. "Leo" ni baka MaineCoon. Nampak je besar macam singa tapi hatinya lembut. Orang marah sikit je dah buat muka kesian padahal salah dia. Bukan setakat tu je, dia penakut tahap maksimum. Bunyi kereta lalu kuat sikit, dia terus tercengat macam nampak hantu padahal tu Myvi jiran sebelah je pun. Boss rumah konon tapi penakut nombor satu.
Friday, 26 December 2025
The Boss of My House
Nak cakap bab makan pula, bukan calang-calang kucing. Ikan rebus? jangan harap dia makan, pandang pun segan mati tak mahu je. Tekak nak Royal Canin je tapi kalau dah lapar tahu pula mintak makanan. Berat dia sekarang lebih 5kg, kalau angkat dia rasa macam angkat anak buah sendiri. Bila teringat masa seminggu dia dah betapa dekat rumah ni rasa kelakar pula, seboleh-bolehnya dia duduk dekat tepi dinding tapi lama-lama dia tengok manusia ni macam hamba dia je. Sejak hari tu, ke mana aku pergi ke situ lah dia ikut. Aku masuk bilik, dia pun sibuk masuk. Aku keluar ruang tamu, dia pun ada. Boleh dikatakan 24 jam nak diteman je kerja dia tapi bila dipanggil jangan mimpi tiba-tiba dia datang. Kita yang kena datang dekat dia dengan muka begisnya macam CEO yang tengah fikir untung rugi syarikat. Nak marah pun terus tak jadi. Aku tak dapat bayangkan kalau dia tak ada dekat rumah ni, sunyi macam mana. Dia lah yang buatkan hari-hari aku tak pernah kosong dan aku tak akan tukar dia dengan apa pun dalam dunia ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Hi semua! sebenarnya aku agak sedikit sedih. Dia sedih bukan sebab ada masalah besar pun cumanya bila terfikir balik macam mana aku dapat be...
-
Seandainya kau tahu, Apa yang ku mahu, Mahukan dirimu tuk mendekatiku, Dan aku tak bisa memaksa dirimu, Walau dalam tidur, Ku kan menantim...
-
Kalau korang fikir Go-Kart tu semua bawak laju macam F1, korang silap ya. Aku yang tak ada lesen ni? memang bawak slow lah jawabnya, janji s...
No comments:
Post a Comment