Hi guys! aku nak cakap terima kasih kepada semua orang yang baca blog tak seberapa aku ni. Sadly, ni merupakan blog terakhir aku dimana aku nak share dengan korang pasal aktiviti yang aku akan buat time cuti panjang dan aku pasti setiap orang ada cara tersendiri untuk isi waktu lapang korang. Korang sendiri pun tahu yang masa cuti adalah peluang untuk relax tapi berlainan dengan aku sebab aku suka belajar benda baru yang ada di sekeliling kita. Jadinya, aku nak kongsikan sikit pasal hobi-hobi aku.
Aktiviti yang aku nak ceritakan ni memang favourite aku sebab dia ada berkaitan dengan nature. Kalau aku serabut dengan manusia, tempat ni la aku tuju dulu. Siapa je yang tak tenang kalau pergi sungai atau hutan? Hirup pula udara segar yang bebas daripada asap-asap kenderaan. Sekarang dah tahu kan kalau aku tiba-tiba hilang, korang boleh cari aku dekat mana. Aku rasa bila jejak kaki dekat sini, jiwa aku tenteram walhal sebelumnya berantakan yang tak tahu nak explain macam mana. Mungkin aku rasa tenang disebabkan ketenangan air yang mengalir dan bunyi burung berkicauan di sekeliling. Ini juga salah satu cara aku lepaskan stress tentang pengajian dan mencari tenaga baru untuk bangkit demi harungi kehidupan aku. Kadang-kadang aku pergi sungai ni, aku ajak kawan join sekali dan kadang-kadang aku pergi sorang diri tapi kedua-duanya sama dimana buatkan aku lebih rasa menghargai alam dan memahami pentingnya kita menjaga ekosistem supaya adik-adik kita dapat rasa keindahan yang sama.
Tak hanya duduk bersantai, aku juga suka libatkan diri dalam aktiviti volunteer. Zoo Negara adalah tempat yang aku pernah volunteer. Mesti korang pelik kan kenapa dalam banyak tempat mesti zoo juga. Aku faham je sebab yelah siapa je nak pergi bersihkan kandang yang busuk tu, nak pula syarat untuk jadi volunteer kena bayar sebanyak RM52 tapi aku rasa puas sebab dekat sana aku belajar banyak tentang penjagaan haiwan termasuk cara bagi haiwan itu makan dan dapat serba sedikit ilmu untuk fahami tingkah laku haiwan-haiwan di Zoo Negara yang mana orang lain mungkin tak dapat ilmu itu. Rasa macam hasil membersihkan kandang terbayar selepas tengok haiwan aktif dan secara tak langsungnya membuatkan aku rasa yang aku ni menyumbang secara kecil untuk mereka walaupun aku
hampir kena kejar dengan kuda tapi it's okay. Korang tahu jelah aku ni jenis cepat gelabah, lari lintang-pungkang aku kat situ. Semua ketawa terbahak tengok gelagat aku. Aku akan ingat kuda tu sampai bila-bila terutamanya nama kuda tu iaitu Jennie. Auto teringat Jennie BlackPink tapi tulah pengalaman memorable aku yang tak semua orang dapat rasa.
Kita dah sampai ke penghujung siaran. Pernah tak korang terdengar pepatah "Ada duit tapi takde masa atau takde duit tapi ada masa" ? Begitulah realiti kehidupan tapi aku bersyukur kerana selalu diberikan rezeki untuk ke negeri baru walaupun dalam Malaysia sahaja. Setiap tempat ada cerita dan budaya tersendiri. Aku pula sejenis suka cuba makanan tempatan, belajar adat resam dan tempat menarik yang selalu pelancong datang melawat. Tahun ni aku pergi melawat ke negeri Perak dan menjejakkan kaki disini mengimbau masa bersama kawan-kawan waktu Diploma dulu. Oh, lupa nak cakap yang aku belajar Diploma di Perak, jadinya memang banyak dah aku explore cumanya kalini aku pergi ke tempat-tempat yang tak sempat aku datang. First stop adalah Menara Condong Teluk Intan a.k.a dupes of Leaning Tower of Pisa. Aku ingat menara ni tinggi, rupanya bila masuk ke dalam tak seperti aku imagine. Next,
Kellie’s Castle yang penuh sejarah dan misteri. Aku explore setiap sudut dan cuba bayangkan macam mana kehidupan ketika zaman itu dan pengalaman paling unforgettable adalah mengunjungi penempatan Orang Asli Lata Kinjang. Alang-alang menyelam air sekali, aku pun pergi Air Terjun Lata Kinjang yang merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Setiap perjalanan selalu buatkan minda aku lebih terbuka dan menghargai kepelbagaian budaya Malaysia. Jadinya korang bolehlah charge tenaga korang dan menjadi versi diri yang lebih baik dengan buat anything yang korang suka okay!
No comments:
Post a Comment