Sunday, 7 December 2025

New Beginning

Hi semua! sebenarnya aku agak sedikit sedih. Dia sedih bukan sebab ada masalah besar pun cumanya bila terfikir balik macam mana aku dapat berdiri di position sekarang, semua berkat pertolongan dari keluarga, kawan, lecturer dan diri aku sendiri yang berusaha sampai ke tahap ini. Jadinya, aku nak berkongsi dengan korang serba sedikit tentang perasaan aku menuntut ilmu sebagai pelajar FEP sendiri.

Apabila kaki aku melangkah ke UKM ni, aku dah letak azam yang aku takkan pernah sekali kecewakan keluarga aku yang bersusah payah membesarkan aku. Aku masih ingat lagi mixed feelings yang aku rasakan apabila melihat keputusan UPU. Dia teruja tapi takut dalam satu masa yang sama. Perasaan teruja sebab aku akhirnya dapat masuk ke universiti walaupun tahun 2023 aku  merupakan salah seorang yang tersenarai gagal mendapatkan tempat di universiti awam. Kegagalan UPU buatkan aku take one year break dan bekerja sebagai pegawai di Johor Corporation setelah berkali ditolak oleh company disebabkan tiada pengalaman bekerja di pejabat. Perasaan takut aku membara sebab on first day aku dah nampak ramai pelajar yang pro dan confident macam semua orang dah tahu hala tuju masing-masing. Masa tu aku terfikir yang umur aku tua sangat tak untuk aku sambung degree sebab aku bukan terus sambung selepas SPM atau matriks. Aku merupakan lepasan diploma dan kebanyakkan batchmate umur 19 hingga 20 tahun yang fresh dari matriks. Kadang-kadang insecure juga tapi satu hari aku sedar yang umur tak pernah jadi alasan bila kita sendiri tahu apa kita nak capai. Satu benda yang FEP ajar aku sepanjang pengajian dekat sini iaitu berdikari. Nak dipendekkan cerita masa zaman diploma dulu, aku kemana-mana mesti dengan kawan tapi masuk degree ni mostly kelas bercampur dengan pelajar datang dari sarjana yang berbeza. Kadang-kadang kena masuk kelas sorang-sorang disebabkan limited quota kelas dan disitu kena decide sendiri nak duduk group mana untuk assignment berkumpulan. Itu belum lagi termasuk jumpa bermacam jenis manusia dalam group assignment. Dari situ aku belajar bahawa perjalanan degree ni buatkan kita lebih kepada kenal diri sendiri dan kita kena buat keputusan tanpa bergantung pada sesiapa.

Actually, sebelum aku masuk FEP ni terlalu banyak insecurity dalam diri aku. Aku masih lagi blur pasal masa depan. Aku tersangat pemalu sampaikan takde yakin dengan diri tapi lepas beberapa bulan aku rasa yang aku lebih kuat dan lebih jelas dengan apa yang aku nak. Banyak benda berubah daripada cara aku berfikir sampai cara aku carry diri sendiri. Aku nak cerita sikit macam mana aku overcome this situation. Untuk pengetahuan korang, aku sangat lemah subjek math dan itu memang musuh utama aku dari dulu. What i mean is dari sekolah lagi. Setiap kali buat soalan latihan je dah pening dan belum lagi lecturer sebut formula baru. Time tu aku rasa dunia nak gelap sekejap padahal belajar dengan lecturer faham je. Nasib baik aku dapat lecturer yang betul-betul bagi motivation untuk aku teruskan dengan mengajar aku cara untuk menyelesaikan masalah dengan sabar. Aku ingat lagi lecturer aku iaitu Dr. Amin kata kalau kita rushing nak jawab tanpa fahami soalan memang semua akan jadi huru-hara dan satu lagi aku bersyukur dekat kawan-kawan aku yang gambarnya ada di atas yang tak pernah kedekut ilmu. Diorang ajar aku step by step dan ulang sampai aku faham. Sometimes rasa malu juga tanya banyak kali tapi diorang takkan tinggalkan aku sampai aku boleh jawab soalan tu. Kalau bukan sebab lecturer dan kawan-kawan, mungkin perjalanan belajar aku dah terbabas. 


Aku awalnya tak berniat nak join kelab fakulti sebab dah ada jawatan di kelab kolej. Takut nanti tak mampu nak beri komitmen tapi aku sedar satu pekara yang dimana networking tu ada dimana-mana tak kira kau join kelab fakulti atau kelab kolej mahupun kelab dekat UKM ni. Benda macam ni takkan korang dapat dalam kelas. Jadinya, aku nasihat korang yang mana nak join mana-mana kelab, just go for it tapi kena letakkan pelajaran number 1 ya adik-adik. Jangan disebabkan sibuk mencari pengalaman tapi pelajaran terabai. Kita perlu ingat niat kita belajar di UKM ni untuk menuntut ilmu. Okay sambung balik cerita. Lepas aku join beberapa program, baru aku faham kenapa orang kata zaman universiti ni penting untuk build connection. Ini juga salah satu step pertama ke arah impian kerjaya aku. Slowly, aku mula nampak dekat mana kelebihan yang selama ni terpendam dan peluang yang aku tak pernah terfikir sebelum ni. Semua tu ajar aku macam mana cara untuk berkomunikasi dengan teammate dan cara aku beradaptasi dengan environment baru. Aku nak ucapkan terima kasih kepada FEP kerana bagi aku peluang kedua untuk percaya kepada diri sendiri dan keluar daripada ketakutan supaya aku jadi lebih baik setiap hari.

No comments:

Post a Comment