Saturday, 29 November 2025

Favourite Port in UKM

Hai korang, apa khabar? rasanya dah seminggu sejak posting terakhir aku. Lama nau but now i'm back again! so, aku lupa nak bagitahu yang sebenarnya aku ni seorang student and yes korang tak salah dengar. Aku dengan bangganya mengaku sebagai "Anak Watan". Gelaran ni hanya untuk pelajar UKM sahaja tau! Kalau rasa-rasa nak merasai, adik-adik bolehlah letak UKM di UPU. 

Harini aku nak share 3 tempat yang menarik di UKM, so make sure baca dengan teliti jangan tertinggal satu pun tau! Insyallah aku doakan korang ada rezeki masuk sini. Kalau ada orang tanya aku dekat mana je tempat aku paling banyak habiskan masa bila musim exam? nak pula bila nak study dekat bilik takut menganggu roommate nak tidur pula. Jawapan aku tak lain tak bukan satu je iaitu PSTL dimana aku paling banyak bermastautin di situ. Tempat ni macam ruang untuk aku bersendirian bila otak dah nak meletup belajar dengan kawan. Bukan maksud aku study dengan kawan tak bagus tapi kadang kefahaman berbeza dan aku lagi suka study sendiri dulu supaya dapat catch up so takdelah terpingga topic apa. Salah satu sebab juga situ sejuk. Boleh kata kau masuk je pintu utama tu angin aircond terus ke muka buatkan mood study lagi membara datang walaupun lama kelamaan agak mengantuk. Satu je tips dia, kau jangan makan sebelum pergi sini, memang mood auto nak tidur je kerja. Lagi satu masa berlalu dengan cepat je sebab kita dah ada tujuan. Kadang aku datang awal pagi dalam pukul 10, keluar dah nak dekat asar tapi tak terasa pun masa tu. Meja pun besar, internet laju dan suasana senyap, apa lagi kamu semua nak? yang paling best dekat sana boleh dinobatkan kepada bilik study. Ni merupakan salah satu lifesaver bila ada assignment group. Dalam ni boleh muat lebih dari 4 orang, so tak ada la sempit-sempit. Kitaorang buat brainstorming kat situ sampai pecah idea pun tak ada orang dengar dan  yang paling penting ada satu slot masa untuk bersembang gosip dulu sebelum sambung kerja (hehe). Tak lupa juga dekat sini ada soalan past year dan kalau nak rujuk buku rujukan pun boleh nak pula kalau tiba-tiba lecturer bagi soalan macam datang dari planet lain. Korang pun boleh dapatkan buku tebal-tebal yang tak akan pernah beli. PSTL ni ibarat tempat "aku boleh survive semester ni."


Tempat kedua yang menjadi tempat di hati student UKM adalah Pusanika ibarat macam magnet yang berpisah tiada. Kalau aku boleh describe dalam satu perkataan, aku akan cakap tempat yang aku pergi walaupun takde tujuan. Orang kata jalan-jalah sambil cuci mata lah senang cerita sebab bosan dalam bilik. Masuk je terus nampak betapa ramainya student dekat Zus Coffee dan Tealive. Boleh dikatakan takde chance langsung nak dine in dekat sana. Paling menarik sekarang dah ada mamak. Korang boleh cakap universiti mana je yang ada mamak dekat dalam universiti tu sendiri, UKM je ada. Kawan aku paling suka pergi Emart. Ni khas buat korang yang ada craving korean food versi rahmah dan kedai-kedai lain yang buat dompet aku menangis secara perlahan-lahan. Antara semua tu, pilihan aku tetap Cha Tra Mue. Green tea latte dia macam satu kewajiban untuk aku beli satu cup sehari, itu pun dah cukup buat mood elok satu hari lagi-lagi waktu tengah panas terik. Kalau bosan pula, aku suka singgah ke e-sport UKM. Disclaimer dekat sini yang aku bukan gamer tapi suka tengok cara orang main game dan kadang-kadang Pusanika selalu ada event. Salah satunya, macam awal semester haritu semua kelab negeri buka booth. Kat sini lah korang nak tahu segala information termasuk duit free kerajaan korang bagi. Pendek kata kalau kau tak tahu nak pergi mana, pergi je Pusanika. Confirm ada benda kau boleh buat.

Tempat terakhir aku nak cerita adalah  tempat yang buat aku dapat kenangan paling best dalam hidup aku dimana pengalaman yang pertama menyaksikan aku handle sebuah event sebagai anak watan iaitu  Panggung Seni. Vibe tempat ni setiap kali ada event mesti meriah . Masa UOfest hari tu pun, crowd dia tak boleh bawa bincang. Waktu tu aku jadi exco persembahan dan aku in charge untuk bahagian K-Pop. Boleh cakap betapa busynya aku time tu dari meeting ke rehearsal sampai ke malam sebenar event tapi semua rasa penat hilang bila tengok crowd bersorak pasal kawan-kawan diaorang perform dekat atas pentas. Performer pula semua hebat belaka, mereka semua all out bagi 200% effort dan malam tu aku rasa macam hidup dalam drama Korea versi Malaysia. Aku ingat lagi moment backstage bila semua group nervous tapi dalam masa yang sama excited. Aku pun nervous tapi pura-pura busy supaya tak nampak. Deep inside hanya tuhan je yang tahu sampaikan aku berdoa dalam hati "Jangan bagi mic rosak or jangan bagi lagu terskip". Aku sejujurnya kat sini rasa bangga sangat sebab group exco persembahan aku yang memang all-out untuk berjayakan event ni. Nanti aku tunjuk gambar group aku, confirm korang tak percaya betapa ramainya kami. Sikit-sikit cili padi tau. Baru ni pula aku singgah booth konvokesyen dekat sekitar Panggung Seni. Sebenarnya pergi nak beli makanan je tapi bila berdiri dekat kawasan event tu terus rasa flashback malam UOfest. Rindu sangat vibe ramai orang, bau makanan, muzik dan semua yang menjadikan satu kenangan yang susah nak lupa.

No comments:

Post a Comment